PROGRAM AFFILIATE TIM INFOKERJAYA

Tim Infokerjaya (IKR) adalah pengeluar produk dalam niche Khas Kerjaya Graduan. Jumlah graduan yang sentiasa bertambah setiap tahun dan tidak pernah putus menjadikan Tim Infokerjaya antara pengeluar dan penganjur program affiliate yang konsisten dalam pembayaran komisen kepada ejen affiliate.

Bukan semua boleh menyertai Program Affiliate Tim Infokerjaya. Untuk sama-sama menjana komisen yang lumayan ini, anda perlu PATUH kepada 6 SYARAT ini. Baca dengan teliti dan 'TICK' jika anda setuju:

 

1. Saya berjanji akan menjalankan promosi secara beretika, tidak menghantar emel promosi secara membuta tuli (ie: spamming & tagging umum).

2. Saya berjanji akan bersaing secara sihat dengan affiliate yang lain dan tidak akan mensabotaj promosi affiliate yang lain.

3. Saya berjanji tidak akan menggunakan logo rasmi daripada kementerian kerajaan, jabatan kerajaan, agensi kerajaan dan badan-badan kerajaan semasa mempromosikan produk-produk IKR.

4. Saya berjanji tidak akan menggunakan istilah seperti “soalan bocor”, “contoh soalan peperiksaan sebenar”, “soalan ramalan peperiksaan” dan mana-mana kenyataan yang boleh mencabul kredibiliti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan badan kerajaan pada AYAT IKLAN, TAJUK IKLAN/BLOG, BANNER & BAHAN PROMOSI.

5. Saya berjanji tidak akan menggunakan sebarang bentuk promosi yang boleh menjejaskan nama baik IKR. Sekiranya berlaku, tindakan undang-undang yang dikenakan (jika berlaku) akan dipertanggungjawabkan ke atas diri saya.

6. Saya sedar dan tahu sekiranya saya melanggar syarat-syarat yang dinyatakan di atas, akaun affiliate saya akan dibatalkan dan komisyen saya tidak akan dibayar oleh pihak IKR.