Daripada : Tim Infokerjaya
"Rujukan Kerjaya Online No. 1 Malaysia"
Per :
Persiapan Lengkap Temuduga
Ya...Sesi
temuduga merupakan satu sesi yang amat-amat digeruni oleh anda yang
mahu memohon kerja dalam satu-satu syarikat atau organisasi,
terutamanya
jika ianya adalah sesi temuduga yang pertama dalam hidup anda. Di
sebalik digeruni, ada kegembiraan yang tak terhingga jika anda berjaya
dengan cemerlang dalam temuduga tersebut.
Tahukah anda, 80%
dari pencari-pencari kerja yang menghadiri temuduga gagal
semasa temuduga sebenar. Gagal
di sini bukan kerana tidak layak tetapi gagal untuk menunjukkkan
kepada panel temuduga bahawa diri mereka adalah yang paling layak
untuk diambil bekerja. Ini sangat merugikan anda...lebih-lebih lagi
anda tak buat persediaan se'BIJAK'
yang mungkin.
Dapatkan
Ebook PERCUMA '15
Sebab Gagal Temuduga'. Sila tinggalkan nama
dan emel anda di ruangan bawah ini untuk kami emelkan ebook percuma
hari ini. Cepat, ia terhad!
Maklumat
Anda Adalah Terpelihara
Daripada maklumbalas yang
diterima, kami dapati banyak kekurangan diri si pencari
kerja yang
dikenalpasti oleh pihak penemuduga. Ini salah satu punca ramai yang tak
diterima bekerja walaupun anda telah buat persediaan yang anda rasa
sudah cukup. Sebenarnya, anda ambil masa sebanyak mana pun, persediaan
untuk hadir ke temuduga tak pernah cukup.
Hah! Kenapa Tim
Infokerjaya cakap begitu?
Pertama - Ramai calon fokus kepada sumber maklumat
temuduga yang
salah. Ini amat merugikan masa anda. Pilih sumber yang betul dan tepat.
Ini masa depan anda!
Kedua - Ramai calon bersedia di saat-saat akhir
sebelum hari temuduga walaupun ada masa 7 hari lagi sebelum hari
temuduga.
Ini masalah sikap!
Ketiga - Calon yang ter "Over" confident dalam
persediaan temuduga selalu gagal. Ada perkara anda perlu anda confident dan
ada perkara yang perlu anda berhati-hati...
Cukup kami jawab persoalan anda... ringkasnya, kami ingin anda
berjaya dalam temuduga dengan merujuk kepada sumber yang tepat dan kena
pada sasaran. Ya..anda tak buang banyak masa. Kami mahu anda menjadi
bijak sebelum anda hadir ke temuduga. Bijak bermakna anda faham apa
kehendak panel temuduga.
Setiap panel temuduga ada
karenah dan 'demand' nya tersendiri. Jadi, kami mahu anda
fikir seperti atau seakan-akan panel temuduga. Kami mahu anda ada 'connection' dengan panel temuduga supaya temuduga
anda berjalan dengan lancar dan bersahaja.
Baiklah,
sekarang kami nak tanya sesuatu...
Pernah anda melalui proses temuduga? Pernah? atau Tak Pernah?
Pernah
ditemuduga dan mempunyai pengalaman menghadapi situasi proses temuduga
namun satu kerja pun belum lekat lagi.
Pernah
ditemuduga sekali dua sahaja dan setiap temuduga anda masih menggigil
termasuk temuduga yang bakal anda sertai nanti.
Langsung
tidak pernah melalui proses temuduga dan tiada pengalaman tentangnya.
Anda
sebenarnya berada di laman yang betul kerana apa yang anda cari untuk
membantu proses persediaan temuduga anda nanti ada di halaman ini. Apa
yang perlu
anda lakukan adalah teruskan bacaan anda. Jika anda rasakan anda sudah
cukup bersedia...kami sarankan untuk anda berhenti di sini dan teruskan
dengan dengan rutin harian anda.
Ya...Kami serius untuk membantu....
Ada banyak faktor yang dilihat mampu menyebabkan anda tidak dilihat
sebagai calon yang paling sesuai dipilih. Perkara paling mudah
yang menyebabkan anda di 'reject'
adalah saat ketika anda masuk bilik temuduga.
Dengan
keterampilan yang salah, cara komunikasi yang tidak bagus serta bahasa
badan yang lemah sudah boleh memberi anda markah yang amat kurang.
Oleh itu, anda perlu ketahui dan belajar ilmu ini. Ingat, pihak
penemuduga adalah manusia dan selagi ianya bernama manusia maka setiap
tindakan dan keputusannya akan dipengaruhi oleh emosinya.
Jika awal-awal mereka tidak berkenan dengan anda maka jangan harap
mereka akan tertarik dengan kepakaran anda yang lain. Inilah yang
dinamakan 'First Impression'.
Dengan cara komunikasi yang lemah, anda telah mensia-siakan peluang
terbaik anda untuk beritahu pihak penemuduga tentang kelebihan diri
anda
dan bagaimana anda boleh memenuhi kriteria pekerja yang mereka inginkan.
Gaya bahasa badan yang lemah dan kurang meyakinkan menyebabkan
pihak penemuduga tidak yakin untuk mengambil anda bekerja. Ini adalah
sebahagian dari banyak lagi faktor yang menyebabkan anda gagal dalam
sesi temuduga.
Usah terkejut, hal ini juga yang sering dibualkan tentang kenapa anda
gagal dalam temuduga.
Kebanyakkannya gagal dalam beberapa saat sahaja bertemu dengan panel
temuduga. Ya...ia nampak simple
tapi kesannya boleh buatkan anda
hadir temuduga berkali-kali dan gagal juga berkali-kali.
First impression amat penting. Dua tiga saat pertama mereka melihat
anda, mereka telah dapat agak apakah keputusan temuduga anda. Anda
perlu ambil serius jika mahu berjaya. Lihat petikan akhbar di bawah...
Anda
lihatlah...ini bukan gurauan. Jika anda serius untuk lulus temuduga dan
dapat kerja yang anda idamkan tak kisahlah di sektor kerajaan atau
swasta, fokus kepada apa yang kami kongsikan ini.
Sebelum itu, kami yakin anda sedang hadapi dilema ini...
Rasa kurang yakin
dengan penampilan diri, cara
pemakaian. Tahukah anda cara pemakaian banyak membantu meningkatkan
rasa yakin kepada diri anda sendiri terutamanya di hari temuduga.
Anda telah rasa
seram sejuk selepas dapat panggilan diterima ke temuduga
beberapa hari lagi. Anda tak tahu apa
nak buat, di mana nak mula...
Anda mula rasa cara komunikasi anda tidak
betul...anda mula 'control'
diri anda, percakapan anda hinggakan anda rasa itu bukan diri anda.
Pelik...tapi ini yang banyak berlaku! Relax and be yourself.
CGPA, keputusan exam, pencapaian kerja anda sebelum
ini sangat cemerlang. Anda ada sijil sebagai bukti. Anda mula ter
"Over" confident dengan diri anda. Ingat!...sikap begini tidak sihat
dan membahayakan anda di saat temuduga.
Anda mula rungsing fikirkan soalan apa yang panel
temuduga akan tanya. Dalam bahasa Inggeris kah? atau bahasa Melayu?
Anda tertanya-tanya...rasa seram sejuk datang kembali...
Anda mula risau, takut-takut sesi temuduga nanti
dalam bahasa Inggeris dan anda mula mengatur ayat, risau tentang vocabulary, present tense, past tense lah.
Ia menggangu proses persediaan temuduga anda...
Anda telah berhenti
kerja...temuduga inilah harapan
anda untuk menyambung ekonomi diri anda dan keluarga. Jadi...anda mula
menaruh harapan yang tinggi menggunung. Anda tidak mahu gagal tapi tak
tahu nak bersedia bagaimana...
Anda buntu...buat itu tak kena, buat ini pun tak
kena. Otak anda mengalami detik 'confuse'
sementara. Bahaya tu...
Ya...itu baru sedikit. Kami tahu ada banyak lagi yang sedang
bermain-main di kepala anda. Dipanggil ke temuduga satu perkara yang
menggembirakan anda. Tapi tahukah anda, dengan jumlah permohonan yang
tinggi dibandingkan dengan jumlah kekosongan kerja yang ada, anda
sebenarnya di ambang penyingkiran.
Ini adalah permainan hidup sebenar yang anda perlu lalui sebelum anda
benar-benar mendapat pekerjaan yang sesuai dengan anda. Usah terkejut
jika anda ditemuduga dalam tempoh yang sangat singkat tidak sampai 5
minit pun anda masuk ke bilik temuduga, anda sudah diminta untuk keluar.
Ini petanda anda telah gagal dalam 5 minit pertama anda masuk ke bilik
temuduga. Ya...panel temuduga sudah ada kriteria yang mereka harus
ikuti bagi menyingkirkan calon lebih awal kerana atas desakan jumlah
kekosongan yang ada.
Kami faham...pekerjaan adalah satu cara untuk dapatkan wang. Dan wang
sangat penting untuk diri dan keluarga anda. Jadi pekerjaan sangat
penting untuk :
Dapatkan wang tetap secara bulanan bagi teruskan
hidup harian anda.
Anda dapat membayar pinjaman pelajaran PTPTN, MARA
dan bantuan lain secara ansuran sebelum nama anda disenarai HITAM
kan.
Anda boleh membeli kenderaan supaya mudah untuk anda
bergerak atas urusan peribadi dan kerja. Ya...kenderaan zaman sekarang
adalah keperluan bukan lagi kehendak.
Anda dapat memberi wang bulanan kepada ibubapa yang
sudah tua, adik yang masih bersekolah atau anak-anak anda yang sedang
membesar. Mereka mengharapkan anda.
Anda dapat membeli rumah atau aset anda pada usia
muda lagi. Bank sangat suka mereka yang masih muda membuat pinjaman
untuk membeli rumah.
Anda dapat melancong ke mana-mana sahaja yang anda
suka setiap tahun dengan ganjaran bonus daripada syarikat. Ia wang
penghargaan kepada anda kerana berjasa kepada syarikat.
Dengan pekerjaan, anda dapat merancang simpanan anda
untuk hari tua.
Anda dapat membayar insuran kesihatan bulanan
anda dengan baik supaya kos rawatan sakit anda dibiayai oleh insuran
tersebut. Ini penting kerana kos rawatan semakin meningkat. Ia dapat
melindungi anda dan keluarga.
Anda mampu bersedekah dengan lebih banyak kerana anda
mempunyai pendapatan yang tetap. Ini cara anda berjasa kembali kepada
orang yang kurang upaya dan memerlukan bantuan.
Anda lihat...dengan pekerjaan, anda dapat memenuhi segala keperluan
anda dan melaksanakan hasrat murni anda sebagai manusia yang bersyukur.
Jadi pekerjaan sangat penting untuk anda. Pentingnya pekerjaan
sebagaimana pentingnya temuduga.
Ramai graduan beranggapan mereka mudah mendapat pekerjaan dengan
menjadi pelajar cemerlang di universiti. Walhal, masih ramai yang
cemerlang tetapi masih tak dapat pekerjaan yang mereka inginkan.
Ya...anda mungkin kata "Belum rezeki
lagi".Tetapi sedarkah anda, rezeki datang kepada mereka yang
berusaha bersungguh-sungguh.
Dunia pelajaran
dan dunia pekerjaan amat berbeza. Dunia pelajaran menuntut pelajar
supaya menghafal formula, fakta dan
nota tertentu. Tetapi dunia pekerjaan menuntut kemahiran komunikasi,
kepantasan membuat keputusan, bijak menguruskan syarikat dan
memaksimumkan keuntungan baik dari segi masa mahupun wang ringgit.
Ya...usah pandang rendah dengan apa yang kami sampaikan ini jika mahu
berjaya.
Anda
berada pada tempat yang betul dan pada masa yang tepat. Kami, Tim
Infokerjaya membantu anda sebaik mungkin bagi menjadikan anda "BIJAK"
sebelum hadir ke temuduga. Ya...bukan sahaja bijak, malah kami mahu dan
doakan anda berjaya dalam temuduga anda. Berjaya bermakna anda dapat
kerja. Itu hasrat kami sebagaimana kami telah
membantu ramai calon dalam proses mendapatkan pekerjaan mereka.
Sedikit perkenalan daripada kami :
Kami berkongsi tips, maklumat kerjaya di halaman
sosial facebook Tim Infokerjaya.
Kami pemilik forum SembangKerjaya.com, satu gerbang
bagi pencari kerja bertukar pendapat dan informasi tentang pekerjaan.
Kami berkongsi artikel terkini di ruangan blog
RujukanKerjaya.com.
Kami juga berkongsi informasi kerjaya kepada seramai
68,000 orang melalui emel sehingga Nov 2014 ini. Jumlah yang sangat
banyak!
Anda lihat...ini bukti betapa seriusnya kami membantu anda untuk
mendapatkan pekerjaan yang anda idamkan. Mungkin anda terlintas rasa
ragu-ragu, was-was anda dengan kredibiliti kami. Itu tak mengapa kerana
itu perasaan normal bagi permulaan anda sebelum mengenali kami.
Kami kongsikan kejayaan mereka yang telah mendapatkan bantuan daripada
kami untuk kemasukan kerja ke sektor kerajaan. Mereka bermula dengan
kurang yakin dan berakhir dengan kejayaan. Tahniah untuk mereka!
Bukan setakat itu sahaja, malah lebih ramai yang mengucapkan terima
kasih setiap hari kepada komitmen kami membantu mereka, dan mungkin
pula anda selepas ini. Oleh itu, bersandarkan usaha dan kredibiliti
kami, kami memperkenalkan kepada anda.
Ebook adalah dalam format PDF Ebook
atau electronic book ini adalah dalam format digital.
Ditulis sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Ia boleh dibuka
menggunakan perisian Adobe Acrobat Reader dan boleh
dicetak mengikut keselesaan membaca anda.
Ebook ini membantu anda untuk lakukan tindakan
awal selepas anda dipanggil ke temuduga. Ramai yang terkejut dan takut
apabila mereka mendapat panggilan temuduga. Kini rasa takut bakal
dihilangkan!
Menerangkan beberapa perspektif apa yang panel
temuduga ingin melihat anda. Salah satunya mereka menguji daya
ketahanan anda dan ....
Amaran! Ini benar-benar berlaku - "Permainan
Temuduga". Anda diterangkan dengan permainan temuduga yang seringkali
anda tidak perasan anda sedang diuji. Jangan lepaskan maklumat ini!
Menyediakan mental anda lebih awal dengan format
temuduga supaya anda tidak gentar dengan gangguan daripada _______ lain.
Anda bakal dapat manfaat "Terbaik" dari
perkongsian seorang calon temuduga jawatan Jurutera yang
berhadapan dengan panel
temuduga yang slamber dan
kurang etika. Serius...sangat bermanfaat!
Anda dapat lihat bagaimana panel temuduga memutarbelitkan jawapan anda untuk
membongkar siapa anda yang sebenar.
Ya...ini cara professional mereka.
Anda didedahkan dengan maklumat PENTING
yang perlu
anda tahu tentang sesuatu syarikat atau jawatan. Ramai yang kantoi di
sini.... Bagaimana nak kerja jika tak tahu maklumat ini? Usah malukan
diri anda...
Anda bakal tahu bagaimana untuk pasarkan diri anda.
Kebanyakkan majikan dapat mengenali calon dengan melihat siapa mereka
di ______ dan melalui pencarian di ______ . Ingat, zaman dah
moden, cara panel temuduga mengenali anda sangat mudah dan pantas.
Oh....Masih panjang lagi. Cukup setakat ini. Terus
dapatkan pakej ini sekarang.
Dengan pakej ini, anda jimat wang, jimat masa kerana kami telah
rangkumkan perkara penting untuk persediaan temuduga anda. Kami
menyediakan anda dengan maklumat bijak untuk anda tahu. Anda tidak
perlu tahu banyak perkara untuk lulus temuduga. Anda hanya perlu
fokus kepada strategi tertentu yang kami kongsikan dalam ebook ini.
Tahu banyak perkara boleh confuse kan
minda anda. Jadi, jadilah bijak dengan tahu maklumat fokus yang kami
syorkan untuk anda. Ia ditulis atas pengalaman kami sebagai sumber
rujukan kerjaya online No. 1 Malaysia, melalui kajian, temuramah dan
pembacaan kami. Ebook ini adalah versi compact dan lebih fokus bagi
memudahkan persediaan anda.
Oh ya...selalunya soalan favourite
calon yang bakal hadir ke temuduga adalah 'Soalan Killer'. Soalan yang
boleh buatkan seseorang calon tergagap-gagap, gugup dan rasa seram
sejuk.
Ia
TAK penting jika anda tak mahu lulus temuduga anda. Pelik
bunyinya...Itu bermakna apa yang kami kongsikan adalah penting dan
menfokus kepada temuduga anda sama ada di sektor awam mahupun sektor
swasta.
Kami bukan panel yang bakal menemuduga anda. Tetapi pengetahuan,
pengalaman dan kajian terperinci...kami sandarkan untuk menghasilkan
pakej
rujukan ini bagi membantu proses persediaan temuduga anda. Kami
mempunyai
kenalan dan mempunyai kapasiti dalam menemuramah mereka yang pernah
menjadi panel temuduga di kedua-dua sektor ini.
Selalu anda dengar
tentang soalan Killer menghantui
calon temuduga. Apa itu soalan Killer
dijawab dalam komponen Rahsia Bijak Temuduga ini.
Komponen 1 : Soalan Killer Temuduga
Komponen ini
mendedahkan tentang 10 soalan Killer yang menjadi antara favourite soalan panel temuduga
kepada calon.
Komponen ini memerlukan anda merancang jawapan anda mengikut kemahuan
panel temuduga. Anda tahu fungsi soalan, anda boleh jawab dengan
bersahaja.
Perkongsian contoh soalan penyelesaian masalah di tempat kerja. Ia
adalah soalan sebenar temuduga bagi jawatan Jurutera Elektrik.
Kemahiran berfikir pantas dan pengetahuan tentang skop kerja yang baik
mampu menjawab soalan ini. - Take
Note! Komponen ini tidak bermakna sekiranya
anda tidak lakukan apa-apa tindakan. Jawapan ada pada anda. Keluarkan
dan susun mengikut cara dan gaya anda tersendiri.
Walaupun otak manusia boleh
berfikir banyak perkara dalam satu masa,
tetapi terlalu banyak yang anda fikir boleh memperlahankan kelajuan
pemikiran anda. Ya...anda lihat secanggih-canggih komputer, handphone adakalanya ia 'hang'. Sama seperti otak manusia....
Jika hari dah dekat dengan temuduga, elakkan daripada 'Jamm' kan otak
anda
dengan banyak perkara. Sebagai membantu anda...kami sediakan
komponen ini bagi membantu anda menguruskan perkara yang patut
dilakukan sebelum dan perkara yang dilakukan kemudian dengan lebih
tersusun.
Komponen 2 :
Checklist Temuduga
Checklist
Temuduga satu komponen
yang efektif untuk persediaan temuduga anda. Lihat pada senarai yang
perlu anda lakukan sebelum temuduga, semasa temuduga dan selepas
temuduga.
Ramai calon hanya lakukan persediaan sebelum temuduga sahaja. Walhal,
sesi temuduga seringkali merujuk kepada perkara yang baru sahaja
berlaku.
Jika persediaan semasa temuduga anda tak tahu, apatah lagi persediaan
bagi selepas temuduga. Ramai calon ambil mudah
persediaan semasa dan
selepas ini!
Komponen ini mambantu anda buat check
up perkara apa yang perlu lakukan dahulu, dan
kemudian. Strategi ini memberi connection
yang baik buat anda, panel temuduga dan
sesiapa sahaja yang terlibat di hari temuduga anda. Ya...PENTING!
'Tick' kan perkara yang anda
sudah lakukan...mudah!
Komponen 3 : Peta Minda Rujukan Pantas
5 Peta Minda
(Mind-Map) bagi memudahkan anda rujuk di saat akhir sebelum temuduga
merangkumi :
Tujuan Temuduga
Jenis
Temuduga/Format
Bagaimana
Mengkaji Syarikat?
First Impression Panel Temuduga
Permainan Temuduga
Anda mungkin
cakap..."Alah tak perlulah mind map
ni, tak penting sangat".
Ia nampak tidak penting di waktu sekarang, tapi ia tersangat penting
apabila anda teraba-raba ingin lakukan ulangkaji akhir nanti.
Peta minda adalah bahasa minda. Ia ringkas, padat dan merangsang minda
anda. Ingat! minda paling berkuasa adalah minda separa sedar.
Peta minda menggerakkan minda separa sedar anda untuk bekerja dengan
lebih tenang dan terkawal. Ia salah satu unsur psychology.
Ya, Kesimpulannya...Ia penting!
Satu usaha terbaik membuat persediaan temuduga adalah dengan belajar
melalui
pengalaman orang lain. Mereka telah hadir ke temuduga. Mereka dah
lakukan persediaan sebelum temuduga. Mereka lalui hari dan detik-detik
mencemaskan semasa temuduga. Ini peluang anda belajar melalui
pengalaman mereka.
Komponen 4 dan 5 ini benar-benar membantu persediaan minda anda.
Melalui perkongsian calon yang telah hadir ke temuduga,
anda bakal dapat gambaran bagaimana keadaan temuduga yang sebenar.
Ya...ini menguntungkan anda, kerana ia seolah-olah anda sedang berada
dalam situasi mereka hadir ke dalam bilik temuduga.
Kami yakin ada suara yang terlalu "Over" confident berkata "Alah...saya dah baca banyak
perkongsian temuduga di blog-blog, siap boleh komen-komen lagi". Ya...Itu
tidak menjadi masalah jika anda seorang yang 'sangat' yakin. Tetapi,
ini nasihat kami... keyakinan yang terlalu tinggi boleh memusnahkan
impian anda.
Kami bercakap melalui pengalaman kami membantu ramai calon yang
benar-benar memerlukan bantuan kami.
Komponen 4 : Pengalaman Temuduga Sektor Swasta
Komponen ini
adalah perkongsian calon yang telah hadir ke temuduga di sektor swasta
pelbagai jawatan. Antaranya adalah bagi jawatan :
Pegawai
Khidmat Pelanggan
Pembantu Pentadbiran
Pelatih Pengurusan
Pembantu Peribadi
Jika
anda bakal hadir temuduga sektor swasta, komponen ini sangat membantu
anda. Ia adalah perkongsian pengalaman sebenar.
Anda dapat lihat,
bagaimana tekanan diberikan
melalui soalan-soalan yang panel temuduga
ajukan kepada calon.
Lihat juga,
terdapat soalan yang sama
walaupun jawatan berlainan. Di sini anda
dapat lihat bagaimana pemikiran panel temuduga di sektor swasta
melalui soalan mereka.
Jika anda peminat
TEGAR jawatan kerajaan, tinggalkan komponen ini. Jika anda sukakan
soalan ber'Tekanan'...komponen ini sangat sesuai walaupun anda peminat
tegar jawatan kerajaan.
Komponen 5 : Pengalaman Temuduga Sektor Awam
Komponen ini adalah perkongsian calon
yang telah hadir ke temuduga di sektor kerajaan pelbagai jawatan.
Antaranya :
Pegawai Hidupan
Liar
Penolong Akauntan
Pen. Siasatan
Jabatan SPRM
Pegawai
Tadbir Diplomatik
Sangat penting sebagai rujukan bagi anda
yang bakal hadiri temuduga sektor kerajaan.
Dalam perkongsian
ini, anda dapat lihat pola soalan
yang sering ditanya oleh panel
temuduga kerajaan yang kebiasaannya adalah mereka yang berkhidmat di
sektor kerajaan juga dan berjawatan tinggi.
Lihat ulasan dan
nasihat oleh Tim Infokerjaya dalam setiap perkongsian ini.
Kesemua komponen ini adalah pakej lengkap kepada Rahsia Bijak Temuduga.
Jadi, usah lengahkan masa anda untuk mula lakukan persiapan temuduga
anda sekarang. Kami tegaskan disini, ebook ini bukan untuk semua calon
temuduga.
Jadi...
Anda
yang dihubungi untuk hadir temuduga segera 3 hari
dari sekarang - Anda perlukan rujukan pantas!
Anda yang baru
sahaja lulus peperiksaan online
kemasukan ke sektor kerajaan dan menaruh harapan lulus temuduga.
Graduan
lepasan universiti yang sedang memburu temuduga pertama dan graduan
yang kebingungan hadir temuduga berkali-kali tetapi masih tiada hasil.
Anda yang berhasrat melompat
pekerjaan daripada sektor swasta ke sektor awam atau sektor awam ke
sektor swasta.
Ibubapa yang rungsing
dengan kerjaya anaknya. Hadiahkan ebook ini untuk anak kesayangan anda.
Anda yang baru diberhentikan
kerja atau mahu berhenti kerja kerana syarikat anda bekerja tidak
memenuhi kehendak anda.
Abang atau kakak
yang ingin melihat adiknya berjaya
mendapat pekerjaan secepat yang mungkin selepas tamat universiti.
Anda yang buntu, tiada rujukan
khas
di kedai-kedai buku. "Yang ada semua tebal-tebal belaka. Bahasa
Inggeris pula tu. Masa dah suntuk...tak sempat baca kesemuanya."
Anda yang bakal berkahwin
dan ingin memenuhi kehendak mertua yang inginkan menantunya
berpekerjaan tetap.
Tahniah! Anda
membuat pilihan yang tepat. Miliki pakej lengkap Rahsia Bijak Temuduga
sekarang. Ia menandakan anda amat serius untuk berjaya dalam temuduga
nanti. Anda serius, kami juga serius.
Kami berikan jaminan 100% pemulangan wang kembali jika ebook ini
LANGSUNG TIDAK MEMBANTU dalam proses persediaan temuduga anda.
Selamat Maju Jaya,
Tim Infokerjaya Resources
"Rujukan Kerjaya Online No. 1 Malaysia"
Rahsia Bijak Temuduga
Persiapan Lengkap Ke Temuduga
P.S. Usah berfikir lagi. Berfikir terlalu lama tanpa tindakan tidak
mendatangkan apa-apa hasil. Dapatkan pakej rujukan temuduga ini
sekarang. Klik di sini
untuk tempahan.
P.P.S. Anda berada di
ruangan betul pada masa yang tepat. Ini bermakna anda benar-benar
serius untuk berjaya dalam temuduga penting anda. Lakukan persediaan
bijak anda hari ini. Di saat mereka yang lain masih tercari-cari
panduan temuduga, anda telah berada beberapa jauh ke hadapan.